Sesi Libat Urus Sempena Bengkel Penyediaan Pelan Pembangunan Geopark Negara dan Pelan Pengurusan Geopark Negara Bil. 2 Tahun 2022

Sesi libat urus ini telah diadakan dengan jayanya pada 23 April 2022 bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam bertujuan ke arah penghasilan dokumen punca kuasa, polisi dan sumber panduan utama kepada pihak kerajaan negeri dan pihak-pihak berkepentingan khususnya dalam pelaksanaan pembangunan dan pengurusan Geopark Negara masa hadapan yang lebih baik, terurus dan bersistematik. Oleh kerana itu, sesi libat urus ini telah diadakan untuk mendapatkan input yang terbaik dan pandangan daripada wakil jemputan yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti Pembangunan dan Pengurusan Geopark di peringkat Kebangsaan dan UNESCO Global Geopark. 

Turut hadir bersama ke sesi libat urus tersebut: 

YBrs. Tn. Hj. Shamsul Shahril Badliza bin Mohd Noor 
Setiausaha Bahagian Kanan Mineral dan Geosains, KeTSA

En. Zamri bin Ramli
Timbalan Ketua Pengarah
Korporat dan Ekonomi Mineral (KEM), JMG

serta wakil jemputan agensi/Pakar yang telah hadir ke sesi libat urus secara fizikal/hibrid terdiri :

YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Ibrahim Komoo (Penasihat Langkawi UGGp)

Wakil Bahagian Geosains, KeTSA dan Bahagian Perancangan & Strategik Antarabangsa, KeTSA, wakil PLANMalaysia, PERHILITAN, JPSM, Sabah Parks, LADA

Jabatan Hutan Sarawak, Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNPk),

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Tajuddin Abdullah (UMT), Pengurus Jerai Geopark-BPEN Kedah, Perbadanan Labuan (PL), Dr. Sharina Abd Halim (LESTARI-UKM), Dr. Lee Jin (Pakar Governans), Prof. Dr. Mohd Zulkefli dan Dr. Mohd Azlan Shah (Pakar Ekonomi, UKM), Dr. Johan Afendi Ibrahim (UUM)

serta Pengarah-pengarah Cawangan Ibu Pejabat JMG dan Pegawai-pegawai kanan JMG Negeri terlibat.

Taklimat Pelan Pembangunan Geopark Negara telah disampaikan oleh :

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Mokhtar bin Saidin 
(Merangkap Pengerusi Jawatakuasa Pelaksana Geopark, KeTSA)

Taklimat Pelan Pembangunan dan Pengurusan Geopark telah disampaikan oleh :
YBhg. Prof. Emeritus Dr. Mohd Shafeea bin Leman 
(Pakar Palentologi dan Pakar Geopark)

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input