Proses pengembangan industri REE dibuat serentak mengikut keperluan industri

Screenshot 2024 11 29 090447

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan proses pengembangan industri unsur nadir bumi (REE) negara dilakukan secara serentak mengikut keperluan industri.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata langkah itu untuk memastikan pemain industri dapat bersedia untuk terlibat dan meneroka peluang yang ada dalam industri nadir bumi di Malaysia.

"Kita berhasrat mempunyai dua kilang pemprosesan REE dalam tempoh tiga tahun akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan ucapan di persidangan bertemakan 'Accelerating Net-zero: Opportunities for Hard-to-abate Industries In ECER' anjuran Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input