SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (MyGEMS)

Bank Data Spatial Nasional Bagi Pengurusan Maklumat Geosains dan Mineral Negara

Pembangunan MyGEMS yang komprehensif dan bersepadu merangkumi semua aktiviti utama JMG bagi penghasilan produk geospatial yang mudah dicapai dan dikongsikan selaras piagam pelanggan dan akta yang ditetapkan (Akta Penyiasatan Kajibumi 1974).

AKSES SISTEM MYGEMS PERMOHONAN DATA AWAM ADUAN BENCANA MUAT TURUN BROSUR
PEMETAAN GEOLOGI & GEOLOGI WARISAN

Memelihara Sumber Warisan Geologi

JMG memainkan peranan aktif dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman kepada pihak berkepentingan bagi melindungi sumber warisan geologi berkenaan untuk dimanfaatkan kepada peningkatan ekonomi penduduk setempat serta negeri.
KETAHUI SELANJUTNYA
PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

Mengkomersialkan Produk R&D Mineral

JMG memberi perkhidmatan perundingan R&D, pengkomersialan dan mempatenkan produk R&D.
KETAHUI SELANJUTNYA
AIR BAWAH TANAH

Menangani Masalah Sumber Bekalan Air Bersih

JMG berperanan mengenalpasti sumber air tanah bagi penentuan kawasan yang berpotensi, rizab dan kualiti air serta bertanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang kepentingan air tanah kepada pihak berkuasa negeri dan orang awam.

KETAHUI SELANJUTNYA
BENCANA GEOLOGI

Mengurangi Kesan Bencana Geologi

JMG berperanan dengan mempertingkatkan kepakaran bagi memberi input penting geosains dalam perancangan pembangunan yang mampan dan membantu pemulihan pasca kejadian bencana.

KETAHUI SELANJUTNYA
SUMBER MINERAL

Mengenalpasti Sumber Kekayaan Baru

Memperkukuhkan pengurusan dan pembangunan sumber mineral yang komprehensif untuk memacu ekonomi negara dan kesejahteraan alam sekitar.
KETAHUI SELANJUTNYA
LOMBONG DAN KUARI

Memastikan Operasi Perusahaan Teratur, Cekap dan Selamat

Memastikan perlombongan dan pengkuarian dijalankan secara mampan, beroperasi menggunakan amalan kerja terbaik, efisien, produktif dan selamat serta pematuhan undang-undang, peraturan dan garis panduan yang jelas dan terkini.
KETAHUI SELANJUTNYA

Berita dan aktiviti terkini

This image for Image Layouts addon

E-PERKHIDMATAN

Penggunaan ICT merupakan salah satu kaedah digunapakai bagi mempercepatkan proses kerja dan memudahkan orang awam berurusan dengan Jabatan. JMG terus menerus mengkaji prosedur-prosedur kerja untuk mengurangkan kerenah birokrasi, serta mencari kaedah-kaedah mengurangkan masa memproses dan menambah baik sistem penyampaian.
Selanjutnya
This image for Image Layouts addon

PERKHIDMATAN KAMI

Sebagai agensi tunggal kerajaan yang menerajui bidang mineral dan geosains dalam negara dengan visi iaitu Peneraju Pembangunan Mineral dan Geosains Menjelang 2025, JMG komited dalam menyediakan perkhidmatan berkepakaran tinggi kepada stakeholders dan pelanggan dalam bidang mineral dan geosains.
Selanjutnya
This image for Image Layouts addon

HUB INFORMASI

JMG selaku agensi peneraju pembangunan mineral dan geosains negara menyumbang pelbagai maklumat, perkhidmatan berkepakaran tinggi serta penyelidikan berkaitan mineral dan geosains kepada peningkatan daya saing ekonomi dan kualiti hidup. Capaian akses kepada maklumat ini akan membolehkan sektor awam dan swasta di negara ini membuat keputusan yang tepat dan mengambil tindakan sewajarnya dalam merancang dan melaksanakan aktiviti dan projek pembangunan.

Akses maklumat
This image for Image Layouts addon

MENGENAI JMG

Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) memainkan peranan yang penting dalam aspek pembangunan mineral, pembangunan fizikal dan perkhidmatan geosains negara selaras dengan perkembangan pesat yang berlaku di dunia hari ini.
KENALI JMG