Kawalseliaan dan Penguatkuasaan
A- A A+

Antara fungsi jabatan ialah menentukan aktiviti-aktiviti perlombongan mineral dan yang berkaitan dijalankan secara selamat, efisien dan sistematik. Ini termasuklah aktiviti seperti membuat pemeriksaan ke atas operasi perlombongan/pengkuarian, pengeluaran kebenaranberoperasi dan lesen disamping memberi khidmat nasihat serta perkhidmatan pemantauan dan kepakaran.

Aktiviti-aktiviti seperti pemeriksaan lombong yang dijalankan oleh jabatan sedikit sebanyak adalah bergantung kepada kerancakan industri perlombongan negara. Pada 2013, secara amnya industri perlombongan Malaysia masih mengekalkan tahap kerancakan yang tinggi walaupun pengeluaran lombong menunjukkan sedikit penurunan berbanding 2012.

Negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung seperti Pahang, Kelantan dan Terengganu masih terus mengekalkan tahap aktiviti perlombongan yang rancak.

Pemeriksaan Teknikal Operasi Lombong dan Kuari

Tugas penguatkuasaan undang-undang dan kawalseliaan operasi perlombongan, pengkuarian dan pemprosesan mineral melibatkan pemeriksaan di lapangan. Ia bertujuan memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat lesen atau kelulusan yang biasanya mengenai keselamatan dan penjagaan alam sekitar. Pemeriksaan ini juga adalah sebahagian daripada proses penyediaan laporan untuk permohonan-permohonan tenemen mineral, kerja peletupan dan sebagainya seperti aduan atau kejadian kemalangan di lombong dan kuari.

Dalam tahun 2013, jabatan telah melakukan sebanyak 1,401 pemeriksaan operasi perlombongan, 1,440 pemeriksaan operasi kuari, 437 pemeriksaan kilang amang dan loji pemprosesan mineral, serta 145 pemeriksaan ke atas urusniaga kedai bijih mineral dan emas mentah.

Selain itu, sebanyak 338 penilaian teknikal dan pememeriksaan tapak peletupan untuk kerja pembangunan juga telah dijalankan.

Pemantauan dan Kawalseliaan Aktiviti Perlombongan dan Pengkuarian

Tugas pemantauan dan pengawalseliaan yang dijalankan ke atas aktiviti perlombongan dan pengkuarian adalah untuk memastikan aktiviti perlombongan dan pengkuarian dijalankan secara teratur dan sistematik, mengikut amalan kejuruteraan terbaik dan mematuhi peruntukan perundangan. Aspek keselamatan operasi perlombongan adalah tertakluk di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994 dan bagi operasi pengkuarian pula adalah tertakluk di bawah Peraturan Kuari negeri.

Isu pencemaran alam sekitar yang sering dikaitkan dengan aktiviti perlombongan dan pengkuarian adalah melibatkan pencemaran air dan udara serta gegaran bumi, habuk, dan ledakan udara (bunyi) yang diakibatkan oleh peletupan. Bagi memastikan aktiviti perlombongan dan pengkuarian dan peletupan dijalankan dengan baik maka pemeriksaan dan pemantauan berkala dilaksanakan. Pada 2013, sebanyak 89 persampelan efluen lombong dan 655 kerja ukur gegaran dan pemantauan peletupan telah dijalankan.

Pihak jabatan amat mengambil perhatian terhadap aduan pihak awam berkaitan aktiviti perlombongan dan pengkuarian. Semua aduan yang diterima akan disiasat dan diberikan perhatian sewajarnya dengan segera. Sejumlah 90 aduan telah diterima dan disiasat manakala sebanyak 43 perintah dan arahan telah dikeluarkan kepada pengusaha.

Pelesenan

Dalam tahun 2013, jabatan telah mengeluarkan 192 Skim Pengendalian Melombong di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994 dan 125 Surat Kebenaran Pengkuarian di bawah Peraturan Kuari negeri.

Jabatan masih terus menguatkuasakan Enakmen Bijih Mineral/Emas Negeri di mana sejumlah 251 Lesen Bijih Mineral, 5 Lesen Pembeli Emas Mentah, 171 Permit Mengangkut Bijih Padat Timahtelah dikeluarkan.

Berkenaan pengeksportan mineral/bahan batuan, sebanyak 976 dan 1,005 surat penilaian teknikal untuk eksport mineral dan bahan batuan masing-masingnya telah diproses.

penanti 2013Pemantauan gegaran dan ledakan udara dari kerja peletupan kuari-kuari di Penanti, Pulau Pinangprojek besar empangan mengkuang 2013Pembinaan terowong bagi Projek Pembesaran Empangan Mengkuang, Pulau Pinang

bayan lepas 2013Kawasan tapak letupan ditutup dengan jaring besi, kanvas dan guni pasir bagi letupan projek pembangunan di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Jarak ialah 20 meter dari kilangkolong sintok 2013Pemeriksaan kolong lombong tungsten di Sintok, Kedah

sampel air efluen 2013Pengambilan sampel air di sungai berdekatan dengan sebuah lombong bijih timah untuk ujian efluen

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.