Pengumuman
A- A A+

Dasar ini bertepatan dengan hasrat kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang memfokus kepada pertumbuhan ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan. Susulan itu, Dasar Pengkomersialan Harta Intelek Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dikemukakan bertujuan untuk menggalakkan kakitangan terutama Pusat Penyelidikan Mineral menjalankan atau menghasilkan harta intelek yang berpotensi untuk dikomersialkan sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa. Dasar ini memberi perlindungan dan pengiktirafan serta ganjaran kepada rekacipta atau pencipta agar teknologi baru yang diketengahkan dapat memberi faedah kepada kedua-dua pihak iaitu negara dan pencipta. Seterusnya dapat melahirkan lebih ramai penyelidik yang inovatif dan kreatif.

Dasar pengkomersialan harta intelek ini selepas ini disebut sebagai “dasar” diwujudkan bagi menyediakan garis panduan pengurusan berkaitan pengkomersialan harta intelek milik JMG secara lebih komprehensif termasuk tatacara pengagihan pendapatan pengkomersialan dan insentif kepada pencipta.

Muat-turun:

Dasar Pengkomersialan Harta Intelek JMG
Popular 548.47 KB
21/06/2017 15:00:09

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.