Pengumuman
A- A A+

PDRM dan JMG merupakan agensi yang memberi pemerakuan mengenai kompetensi pembedil dan penggunaan bahan letupan berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi mengikut perundangan seperti Akta Bahan Letupan 1957, Akta Pembangunan Mineral 1994, Peraturan-Peraturan/Kaedah-Kaedah Kuari Negeri dan Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Peletupan) 2013.

Sehubungan itu, penyedia-penyedia kursus yang berminat menganjurkan kursus-kursus berkaitan pembedilan dikehendaki mengikuti silibus yang telah ditetapkan serta mengunakan khidmat penceramah-penceramah yang diperakui. Perakuan sebagai penceramah boleh diperolehi dengan mendaftar menggunakan Borang JMGLK/PK dan mengemukakan permohonan kepada JMG Ibu Pejabat.

Walau bagaimanapun, perakuan sebagai penceramah adalah berdasarkan kepada pemohon lulus tapisan keselamatan dan mempunyai kelayakan asas iaitu ijazah dalam bidang kejuruteraan (perlombongan, sumber mineral atau lain-lain yang setaraf) serta berpengalaman dalam bidang pembedilan dan bahan letupan sekurang-kurangnya lima tahun. Pengecualian boleh diberi kepada pemohon yang disahkan mempunyai pengalaman bekerja berkaitan dengan bahan letupan melebihi sepuluh tahun.

Sebagai peringatan, penggunaan khidmat penceramah yang tidak diperakui boleh menyebabkan kursus yang dianjurkan tidak diiktiraf. Kehendak pendaftaran penceramah ini tidak terpakai kepada staf PDRM atau JMG yang masih berkhidmat.

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.