Pengumuman
A- A A+

Seperti yang telah dihebahkan sebelum ini, penukaran sijil juruletup atau sijil pembedil yang masih sah laku kepada Lesen Pembedil telah dilanjutkan sehingga 30.6.17. Walau bagaimanapun, Lesen Pembedil yang dikeluarkan dalam tempoh peralihan tersebut hanya sah laku untuk tempoh satu tahun sahaja. Sehubungan itu, PDRM dan JMG telah menetapkan pembaharuan Lesen Pembedil peralihan dikenakan syarat menghadiri Kursus Refresher (Ulangkaji).

Kursus Refresher akan ditawarkan oleh penyedia-penyedia kursus berdasarkan silibus yang ditetapkan dan penceramah yang diperakui oleh PDRM dan JMG. Pemegang Lesen Pembedil yang ingin mengikuti Kursus Refresher dinasihatkan mengikutinya seawal mungkin untuk mengelakkan kehabisan tempat. PDRM dan JMG telah menawarkan kepada beberapa pihak untuk mengendalikan Kursus Refresher seperti Institute of Quarrying Malaysia (IQM), Malaysia Quarries Association (MQA) dan Institute of Mineral Engineering Malaysia (IME). Sila hubungi penyedia kursus berkenaan untuk maklumat lanjut. 

Sebagai peringatan, pembaharuan Lesen Pembedil perlu dibuat sebulan sebelum tarikh luput lesen menggunakan Borang JMGLK/LPBagi pemegang yang berumur 60 tahun dan ke atas, disyaratkan mendapat perakuan Pegawai Perubatan (doktor) mengenai tahap kecergasan fizikal dan mental dengan menggunakan Borang JMGLK/BPK. Pemegang yang berumur kurang daripada 60 tahun yang dipercayai mempunyai masalah kecergasan juga dikenakan syarat yang sama.

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.