Keratan Akhbar
A- A A+

1228

TANAH MERAH 1 April - Penantian bekalan air bersih selama hampir 30 tahun bagi Madrasah Darul Mutaqin di Kampung Lepan Bola dekat Batu Gajah, di sini berakhir dengan pembinaan seunit telaga tiub oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

Mudir Madrasah, Nuh Sulaiman berkata, masalah bekalan air bersih dihadapi oleh pihaknya sejak mula penubuhan madrasah tersebut iaitu pada 1997 lagi.

Menurutnya, pembinaan telaga tiub berkenaan memberi kemudahan dan manfaat kepada hampir 600 penduduk di kawasan itu termasuk 36 pelajar madrasah.

 “Sebelum ini, kami dan hampir 80 peratus penduduk di sini hanya mengharapkan sumber bekalan air daripada tandak bukit. Ianya menjadi kesukaran kepada kami apabila tiba musim tengkujuh dan kemarau. 

“Pembinaan telaga tiub di kawasan terputus bekalan memang wajar dilakukan kerana air merupakan perkara asas dalam kehidupan. Saya mewakili penduduk dan pelajar berterima kasih kepada pihak yang terlibat dengan pem-binaan telaga ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Dan Penyerahan Projek Telaga Tiub Madrasah Darul Mutaqin Di Kampung Lepan Bola dekat Batu Gajah di sini hari ini.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Suhaimi Mamat. 

Sementara itu, Suhaimi berkata, telaga berkedalaman 100 meter itu menelan kos perbelanjaan bernilai RM110,531.

“Telaga ini berupaya membekalkan air kira-kira 8,000 liter dalam masa satu jam atau 192,000 liter sehari dan mempunyai sistem penapisan ringkas yang dipasang untuk memastikan kualiti air bersih. Ianya mampu untuk menampung kapisiti penduduk di kawasan ini.

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Hujan lebat boleh menjadi petanda awal berlakunya tanah runtuh.

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Lihat Direktori Bahagian/Pejabat Negeri

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon
isms
 

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.