Keratan Akhbar
A- A A+

IPOH – Jabatan Mineral dan Geosains sedang mengenal pasti sumber air bawah tanah di seluruh negara bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sistem bekalan air sedia ada.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir Dr Hamim Samuri berkata dianggarkan terdapat sebanyak lima trilion meter padu sumber air bawah tanah di seluruh negara ketika ini.

“Kajian masih dilakukan oleh pakar melibatkan beberapa perkara termasuk kadar pengeluaran air berkenaan kerana dikhuatiri jika berlebihan ia boleh membawa kepada beberapa permasalahan iaitu pemendapan tanah serta pencemaran air.

“Projek perintis telaga eksplorasi ini dibuat di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk (SABDA) bagi mengenal pasti potensi air bawah tanah di kawasan berkenaan,” katanya kepada pemberita.

Beliau merasmikan Simposium Mineral (SIMPOMIN) Ke-8 dan Persidangan Jabatan Mineral dan Geosains, di sini malam tadi.

Acara dwitahunan yang diadakan sejak tahun 2002 itu buat kali pertama turut dihadiri lapan wakil dari negara ASEAN termasuk Filipina, Thailand, Kemboja dan Laos.

Penglibatan wakil ASEAN tersebut adalah antara aktiviti yang digariskan di bawah Pelan Tindakan Kerjasama Mineral ASEAN (AMCAP) III (2016-2020).

Menjelas lanjut, Hamim berkata hasil ujian telaga di SABDA menunjukkan kuantiti luahan dan kualiti air yang terhasi adalah baik.

“Kedalaman telaga ujian ini adalah 135 meter, keupayaan luahan telaga lebih kurang 4.5 juta liter sehari, manakala ukuran keseluruhan larutan pepejal (TDS) di makmal menunjukkan ia sesuai digunakan sebagai sumber air mentah,” katanya.

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Hujan lebat boleh menjadi petanda awal berlakunya tanah runtuh.

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Lihat Direktori Bahagian/Pejabat Negeri

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon
isms
 

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.