Keratan Akhbar
A- A A+

Lebih 20 cerun bukit di beberapa kawasan di Selangor dikenal pasti kritikal dan memerlukan pemantauan rapi serta tindakan pemulihan segera oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengelak berlaku kejadian tanah runtuh.

Timbalan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Selangor, Tuan Rusli Tuan Mohamed berkata cerun-cerun kritikal itu antaranya berada dalam kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Daerah Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Kajang serta beberapa PBT lagi.

Beliau berkata dapatan jumlah berkenaan diperoleh menerusi kajian yang dilakukan pihaknya pada tahun 2014 dan 2016 menggunakan teknologi pemetaan ‘Light Detection and Ranging (LiDAR)’ yang mempunyai ketepatan 0.5 meter daripada koordinat kawasan terlibat.

“Daripada teknologi LiDAR, kita juga mengenal pasti lebih 1,000 cerun yang ada di negeri ini namun lebih 20 yang memerlukan tindakan segera kerana kita mahu elakkan faktor seperti potongan cerun tidak sempurna atau hujan menyebabkan berlakunya tanah runtuh.

“Kita juga sedang dalam proses menyerahkan peta yang dihasilkan melalui LiDAR kepada PBT terlibat bagi memberi maklumat tepat kepada mereka mengenai kawasan yang sepatutnya diberi lebih perhatian,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Output Projek Penghasilan Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) kepada PBT, di Shah Alam semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menyusun maklumat berkaitan untuk dibincangkan dengan PBT terbabit bagi memudahkan mereka memahami bentuk cerun dan muka bumi di kawasan tersebut sebelum mengambil langkah sewajarnya.

Menurut Tuan Rusli, penghasilan data mengenai cerun itu dapat membantu pihak berwajib menangani isu tanah runtuh selain mengurangkan kos pembaikan cerun rosak menerusi tindakan pencegahan awal.

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Hujan lebat boleh menjadi petanda awal berlakunya tanah runtuh.

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Lihat Direktori Bahagian/Pejabat Negeri

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon
isms
 

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.