Keratan Akhbar
A- A A+

DR Hamim (tiga dari kiri) bersama penerima lesen pembedil, semalam.DR Hamim (tiga dari kiri) bersama penerima lesen pembedil, semalam.

Kuala Lumpur: Penggantian Sijil Pembedil dan Sijil Juruletup kepada Lesen Pembedil baru mampu meningkatkan kredibiliti industri pengkuarian, perlombongan dan pembinaan khususnya mengawal selia bahan letupan supaya tidak disalahguna untuk aktiviti keganasan.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Ir Dr Hamim Samuri berkata, dengan senario global yang semakin mencabar penekanan yang lebih mendalam terhadap aspek keselamatan daripada ancaman keganasan dan langkah keselamatan dalam menjalankan tugasan peletupan dan penggunaan bahan itu perlu diberi perhatian.

“Pada penghujung tahun lalu, ada kes yang mana bahan letupan yang biasanya digunakan untuk industri ini dijumpai Polis Diraja Malaysia (PDRM) tertanam di belakang sebuah rumah.

“Tindakan itu dikhuatiri tujuannya disorok untuk kegunaan aktiviti keganasan atau jenayah lain,” katanya pada Majlis Perasmian Lesen Pembedil dan penyampaian kepada pemegang lesen, di Cheras, semalam.

Menurut Hamim, atas sebab itu, kurikulum kursus Lesen Pembedil baru itu bukan sahaja ditambahbaik, malah turut menekankan aspek kawal selia bahan letupan supaya tidak berlaku kebocoran kepada pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, Lesen Pembedil adalah perakuan kompetensi yang melayakkan seseorang menjalankan kerja peletupan di kuari, lombong dan tapak pembinaan.

“Sebelum ini, Sijil Pembedil dikeluarkan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) manakala Sijil Juruletup dikeluarkan PDRM secara berasingan,” katanya.

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.