Keratan Akhbar
A- A A+

01Para peserta sempat merakam gambar bersama para tetamu jemputan.

MASYARAKAT akar umbi khususnya di kawasan yang berisiko tinggi dilanda bencana gempa bumi, tanah runtuh dan banjir lumpur perlu diberi pengetahuan tentang tindakan keperluan, sebelum, semasa dan selepas gempa.

Selain itu, masyarakat umum juga perlu diberi pendedahan tentang keunikan dan ciri-ciri bahan serta hasil proses geologi lampau (warisan geologi) yang harus dipulihara serta dikekalkan untuk tujuan geologi pelancongan.

Mereka perlu diberi penerangan kepentingan maklumbalas masyarakat awam sebelum, semasa dan selepas kejadian bencana geologi serta maklumat warisan geologi.

Menyedari keperluan itu mendorong Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia, dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah menganjurkan Program Kesedaran Awam Bencana Geologi.

"Maklumat yang diperolehi harus dikongsi bersama penduduk yang tidak berkesempatan hadir terutama persediaan sebelum, semasa dan selepas gempa bumi berlaku bagi mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda". JAMES INGGURU

Program diadakan di Dewan Masyarakat Ranau di mana semua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu, DUN N.29 Kundasang, DUN Karanaan dan DUN Paginatan sebagai sasaran peserta.

02BARISAN penceramah merakam gambar bersama Jontih (tiga kiri).

Program itu difikirkan perlu dijalankan di beberapa buah daerah di Sabah seperti Ranau, Kota Belud dan Tawau yang terjejas dengan kejadian gempa bumi pada 5 Jun 2015 yang turut mengorbankan 18 orang pendaki Gunung Kinabalu termasuk empat orang malim gunung.

Semasa program itu dijalankan di Kundasang pada 15 Ogos, lebih 100 orang JKKK hadir di mana, telah dirasmikan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan yang juga Adun Kundasang Datuk Dr.Joachim Gunsalam.

03JONTIH (kiri) menyampaikan cenderahati kepada James.

Pada masa sama, program juga turut dianjurkan di DUN Karanaan, di mana seramai 150 peserta hadir manakala di DUN Paginatan pula dihadiri lebih 100 orang telah dirasmikan oleh James Ingguru Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, mewakili Datuk Siringan Gubat.

James dalam ucapannya, memuji dan berterima kasih kepada JMG Sabah kerana berinisiatif menganjurkan program Kesedaran Awam Bencana Geologi, terutama sekali kepada penduduk RanauKundasang yang terjejas dengan bencana alam berikutan gempa bumi yang berlaku dua tahun lepas.

“Saya mengharapkan kepada semua Pengerusi JKKK yang menyertai program ini, supaya menyibarkan ilmu pengetahuan, pengalaman dan maklumat yang diperoleh kepada penduduk apabila balik ke tempat masing-masing,” jelasnya.

Katanya, Pengerusi JKKK adalah sebagai agen, mata dan telinga kerajaan untuk menyampaikan maklumat berhubung dasar-dasar kerajaan demi kepentingan rakyat.

04ANTARA Pengerusi JKKK yang hadir.

“Maklumat yang diperolehi harus dikongsi bersama penduduk yang tidak berkesempatan hadir terutama persediaan sebelum, semasa dan selepas gempa bumi berlaku bagi mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda,” jelas James.

Semasa program itu, para peserta telah mengikuti tiga ceramah utama iaitu berhubung ‘gempa bumi’, disampaikan Ketua Pegawai Geosains JMG Malaysia, Sabah, Dr.Francis Taling.

Diikuti ceramah kedua berhubung ‘tanah runtuh dan banjir lumpur’ disampaikan Ketua Pegawai Unit Geosains JMG Malaysia, Sabah Dr. Haji Ferdaus Ahmad dan ceramah berkaitan Geowarisan oleh Ketua Unit Geosains JMG Malaysia, Sabah Paulius Godwin.

05TETAMU jemputan yang hadir.

Turut berucap ialah Timbalan Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Sabah Jontih Enggihon.

Hadir sama ialah Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) bersama para Unit PPM N.31 Paginatan.

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.