Keratan Akhbar
A- A A+

41482224779 WanJunaidiMenteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (tengah) ketika sidang media Status Pengenaan Maratorium ke atas aktiviti perlombongan dan pengeksportan Bauksit Pahang hari ini. - Foto Bernama

KUANTAN: Kerajaan tidak menolak kemungkinan berlakunya kegiatan perlombongan bauksit secara haram meskipun tempoh moratorium dilaksanakan sejak hampir setahun yang lalu..

Ia berikutan stok penyimpanan masih berbaki di kawasan penyimpanannya terutama di Felda Bukit Goh, Kuantan.

Perkara itu dinyatakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang membuat tinjauan di sekitar daerah Kuantan, termasuk menggunakan helikopter bagi melihat perkembangan pengeksportan bauksit.

Beliau berkata, ketika kerajaan menguatkuasakan moratorium pada 15 Januari lalu, lebih kurang lima juta tan metrik bauksit ada di kawasan stok penyimpanan yang diarahkan supaya dieksport keluar.

"Saya cukup yakin berlaku perlombongan haram kerana semasa tinjauan udara di semua kawasan lombong, walaupun tiada lori yang bergerak, masih ada simpanan stok bauskit di mana-mana.

"Sedangkan, sejak tempoh moratorium dilaksanakan kita sudah eksport 5.2 juta tan metrik bauksit. Sebelum bermula (moratorium) ada (simpanan stok bauksit) lima juta tan metrik juga," katanya pada sidang media khas lawatannya itu, di sini hari ini.

Tambahnya, kawasan aktiviti perlombongan bahan mineral itu terlalu luas, dan menyukarkan aktviti penguatkuasaan dijalankan setiap masa.

Ketika ditanya apakah keputusan pihak Kementerian samada menyambung semula moratorium yang akan berakhir pada 31 Disember ini, beliau menegaskan perkara itu akan dibincangkan secara terperinci di dalam mesyuarat jemaah menteri esok.

Mengulas mengenai prosedur operasi standard (SOP) baharu yang diperkenalkan beliau berkata, semua pengusaha bahan mineral itu perlu membayar royalti terlebih dahulu sebelum mendapatkan permit import (AP), bagi meningkatkan hasil kerajaan.

Ia ekoran sebelum ini kerajaan negeri hanya memperoleh RM50 juta royalti, berbanding yang sepatutnya diterima ialah  RM180 juta.
"Kerajaan negeri maklum dalam penilaian mereka sepatutnya boleh mengutip RM180 juta royalti, tetapi hanya peroleh RM50 juta, bermaksud ada yang eksport tanpa bayar. Kita tetapkan mereka bayar dahulu... sama ada guna atau tidak AP itu, terpulang kepada mereka," katanya.

Moratorium aktiviti bauksit di daerah Kuantan mula dikuatkuasakan pada 15 Januari lalu bagi menambahbaik persekitaran kawasan perlombongan bauksit yang terjejas akibat kegiatan berkenaan.

Sehingga kini sebanyak tiga kali tempoh moratorium dilanjutkan bagi memberi laluan untuk mengeksport simpanan bauksit masih ada di tiga pusat pengumpulan iaitu Sungai Ular, Felda Bukit Goh dan Gebeng.

Tutup Tutup
  • Bold
  • Italic
  • Underline
  • Stroke
  • Quote
 
  • 1000 patah perkataan sahaja lagi
   
 

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.