Keratan Akhbar
A- A A+

SEBUT Merapoh, pasti ramai penggemar aktiviti lasak mendaki gunung tahu, itu adalah salah satu daripada dua laluan ke Gunung Tahan selain melalui Kuala Tahan.

Namun, ramai yang tidak sedar di sekitar kawasan Merapoh terdapat berpuluh buah gua batu kapur yang mempunyai nilai dalam pelbagai aspek terutama dikembangkan sebagai tarikan ekopelancongan di negara ini.

Gua-gua sekitar Merapoh ini disifatkan sebagai sumber geologi yang mempunyai landskap indah dan masih tidak diterokai sepenuhnya.

Menurut Pakar Geologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd. Rozi Umor, sebanyak 23 buah gua batu kapur dikesan mempunyai ciri-ciri unik yang boleh diketengahkan untuk tarikan pelancongan.

Antaranya, Gua Bekong, Gua Layang, Gua Katak, Gua Rimau, Gua Seribu Cerita, Gua Air Mata Dayang, Gua Padang Kawad, Gua Panjang dan Gua Peningat.

image2Gua Layang terletak berdekatan pekan Merapoh.

“Ini merupakan antara gua yang berpotensi dijadikan geotapak atau tapak sumber warisan geologi,” katanya kepada S2 baru-baru ini.

Melalui kajian inventori gua batu kapur sekitar Merapoh yang dijalankan olehnya, Mohd. Rozi mendapati gua sekitar Merapoh yang tergolong di dalam kumpulan Batu Kapur Formasi Gua Musang telah berusia kira-kira 650 juta tahun.

Sesetengah gua katanya mempunyai bahan sejarah dan arkeologi yang boleh dikaji dengan lebih terperinci pada masa depan.

Antara bahan sejarah yang dijumpai sepanjang kajiannya di Merapoh adalah lukisan kuno di dinding gua, rangka dan fosil haiwan serta tembikar lama.

Gua Panjang sebagai contoh, mempunyai tarikan geologi yang unik kerana memiliki tekstur lapisan batuan yang terbentuk pada dua episod pengenapan batuan yang berbeza persekitarannya.

imagePintu masuk Gua Panjang yang memiliki lapisan batu kapur yang unik.

‘Nilai intrinsik ini perlu dijelaskan kepada pelawat di sekitar gua-gua di Merapoh agar mereka dapat menghayati keunikan dengan mata kasar setiap kaitan sejarahnya,” katanya.

Katanya, kawasan sekitar Merapoh juga dikategorikan sebagai kawasan potensi sumber mineral seperti emas yang tinggi.

“Kajian terbaharu oleh Jabatan Mineral dan Geosains Pahang di Gua Panjang dan Gua Tahi Bintang mendapati terdapat sumber batuan dolomit yang mengandungi magnesium di kedua-dua gua tersebut,” katanya.

Beliau berkata, gabungan geotapak yang disenaraikan itu memiliki pelbagai keunikan, sekali gus melayakkan Merapoh boleh diangkat sebagai geotaman gua batu kapur terbaharu di Malaysia.

“Ini bermaksud, gabungan keunikan gua-gua di Merapoh adalah istimewa dan tidak terdapat di tempat lain di Malaysia,” katanya.

Tutup Tutup
  • Bold
  • Italic
  • Underline
  • Stroke
  • Quote
 
  • 1000 patah perkataan sahaja lagi
   
 

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.