Pengenalan
A- A A+

Aktiviti-aktiviti mineral yang dijalankan oleh JMG melibatkan penilaian sumber mineral berlogam, mineral perindustrian dan mineral tenaga. Di samping itu, JMG juga berperanan membekalkan maklumat komoditi mineral bagi membantu meningkatkan perkembangan industri mineral negara.

Penilaian sumber mineral berlogam dilaksanakan pada peringkat tinjauan dan juga susulan bagi mineral-mineral terpilih. Kajian telah menemui beberapa kawasan berpotensi emas, bijih besi, bijih timah dan ilmenit. Penilaian sumber mineral perindustrian di beberapa buah negeri pula telah menggariskan kawasan-kawasan yang mempunyai rezab lempung marin (Selangor), lempung refraktori (Sarawak), feldspar (Pahang) dan pasir binaan (Sabah). Di samping itu, beberapa longgokan mineral berpotensi juga dikenal pasti iaitu barit (Kelantan), feldspar (Johor), silika (Negeri Sembilan dan Perak) serta penemuan baru mineral andalusit di Terengganu dan zeolit di Kedah. Hasil penilaian sumber mineral tenaga yang dijalankan di Sarawak dan Sabah pula telah mengenal pasti beberapa kewujudan dan rizab batu arang yang berpotensi.

Dasar Mineral Negara 2 (DMN2)

DMN2 disempurnakan pelancarannya oleh YB Menteri NRE pada 22 Januari 2009.

Penyataan Dasar

Untuk mempertingkatkan sumbangan sektor mineral terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara melalui pembangunan sumber mineral yang efisien, bertanggungjawab dan mapan di samping penggunaan sumber mineral secara optima.

Objektif

  • Untuk memastikan pembangunan yang mapan dan penggunaan sumber-sumber mineral secara optima.
  • Untuk mempromosikan penerajuan terhadap alam sekitar bagi memastikan sumber mineral negara dibangunkan secara mesra alam sekitar, bertanggungjawab dan mapan.
  • Untuk mempertingkatkan daya saing dan kemajuan sektor mineral di arena global.
  • Untuk memastikan penggunaan mineral tempatan dan mempromosikan lagi pembangunan produk berasaskan mineral.
  • Untuk menggalakkan perolehan, kitar-semula dan guna-semula logam dan mineral.

Teras

Bagi memastikan pencapaian objektif-objektif dengan berkesan, Dasar Mineral Negara 2 disokong oleh sembilan teras utama:

  • Pengembangan Sektor Mineral
  • Persekitaran Perniagaan yang Kondusif
  • Penerajuan Alam Sekitar
  • Peningkatan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
  • Pembangunan Sumber Manusia
  • Pewujudan Sumber Maklumat Mineral yang Bersepadu
  • Penglibatan Komuniti dan Tanggungjawab Sosial
  • Promosi, Pemasaran dan Penjenamaan
  • Publisiti dan Perhubungan Awam

Maklumat lanjut mengenai DMN2, sila rujuk halaman Penerbitan (Format Elektronik).

Explorasi Mineral

  • Eksplorasi, penilaian dan pencirian ke atas sumber mineral berlogam, mineral perindustrian dan mineral tenaga.
  • Analisis profil komoditi mineral dan statistik perdagangan.
  • Menjalankan eksplorasi mineral untuk melengkapkan pangkalan data mineral negara, meneroka longgokan dan sumber mineral baru.

Mineral Berlogam

  • Survei geokimia rantau untuk mensempadankan kawasan berpotensi tinggi sumber mineral berlogam untuk aktiviti carigali dan perlombongan.
  • Kajian susulan di kawasan sasaran terpilih untuk menilai kawasan berpotensi sumber mineral emas, timah, besi dan logam bes bagi menyediakan maklumat mineral yang strategik dari segi ekonomi dan sosial.

Mineral Bukan Logam

  • Eksplorasi, penilaian dan pencirian sumber mineral perindustrian sehingga penentuan rizab tertunjuk longgokan.
  • Menilai sumber feldspar, batu dimensi dan agregat, pasir silika, pasir binaan, batu kapur, lempung, mineral khusus dan perancangan sumber kuari.

Mineral Tenaga

  • Eksplorasi, penilaian dan pencirian sumber mineral batu arang dan mineral tenaga lain seperti uranium sehingga penentuan rizab tertunjuk longgokan.
  • Kajian susulan komprehensif ke atas lapisan batu arang dan kesesuaiannya.

 sepakal 01Profil lapisan batu arang di kawasan Sepakal, Tunoh, Sarawakgua musang 01Pengambilan sampel sumber feldspar di Gua Musang, Kelantan

Explorasi Mineral Semenanjung, 2013

explorasi mineral semenanjung 2013

Explorasi Geokimia Sarawak, 2013

explorasi geokimia swk 2013

Explorasi Geokimia Sabah, 2013

explorasi geokimia sbh 2013

 Pengeluaran Mineral Berlogam Malaysia, 2013

pengeluaran mineral berlogam malaysia 2013

Pengeluaran Mineral Perindustrian dan Mineral Tenaga Malaysia, 2013

pengeluaran mineral perindustrian tenaga malaysia 2013

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Hujan lebat boleh menjadi petanda awal berlakunya tanah runtuh.

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon
isms
 

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.