Pengenalan
A- A A+

batu layar thumbCerapan geologi di pantai Batu Layar semasa kerja lapangan korelasi geologi Johor Timur. (Foto: Nizarulikram Abd Rahim)Pemetaan geologi merupakan tugas asas JMG bertujuan menyediakan sebuah peta geologi yang lengkap bagi sesuatu kawasan pada skala yang sesuai. Aktiviti pemetaan geologi dimulakan sejak Jabatan ditubuhkan (1903) dan sangat aktif selepas kemerdekaan. Pada masa ini pemetaan geologi dilaksanakan mengikut prioriti iaitu di kawasan cadangan pembangunan dan kawasan berpotensi mineral.

  • Pemetaan Geologi Rantau: Pemetaan geologi bersistem pada skala 1:50,000 bagi kawasan yang belum dipetakan dan skala 1:250,000 bagi kawasan yang telah dipetakan. Pemetaan ini bertujuan bagi mendapatkan maklumat asas geologi dan sumber mineral sesuatu kawasan.
  • Pemetaan Geologi Warisan: Menjalankan pemetaan geologi warisan untuk mengenalpasti geotapak dan geotop yang mempunyai nilai-nilai estetik yang boleh dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi akan datang serta dimajukan secara mapan sebagai sebuah geopark.
  • Pemetaan Geologi Marin: Pemetaan geologi marin di kawasan-kawasan perairan terpilih berasaskan keperluan semasa terutama kawasan potensi sumber pasir dan mineral, kawasan pembangunan zon pantai dan untuk meningkatkan baseline data di perairan pelantar benua.
  • Pemetaan Geologi Khusus: Pemetaan bagi kawasan tertentu yang memerlukan maklumat geologi yang terperinci khususnya untuk kajian tapak dan forensik bencana geologi seperti tapak projek pembangunan (seperti Putrajaya dan KLIA), tapak empangan dan tapak geobencana.

Kaedah Pemetaan Geologi

Pemetaan geologi dijalankan dengan membuat cerapan singkapan batuan di lapangan serta dibantu oleh interpretasi imej satelit dan gambar udara. Kaedah geofizik dan penggerudian akan digunakan bagi mengetahui ciri-ciri geologi di bawah permukaan.

Peta Geologi

Peta geologi merupakan sebuah peta yang menunjukkan taburan, hubungkait dan komposisi bahan bumi seperti batuan dan enapan permukaan. Peta ini juga membekalkan maklumat struktur dan usia geologi serta ciri-ciri fizikal bahan bumi tersebut. Ahli geologi membuat kompilasi maklumat tersebut melalui cerapan di lapangan, gambar udara, penderiaan jauh dan maklumat topografi. Maklumat geologi diplot di atas peta asas yang mengandungi maklumat umum seperti topografi, jalan raya, sungai dan lainlain fitur semulajadi.

Kegunaan Peta Geologi

  • Membuat interpretasi bagi struktur, stratigrafi, mineralogi, paleontologi dan sejarah bumi.
  • Mengenalpasti sumber tenaga, air tanah dan longgokan mineral.
  • Mengenalpasti kawasan berisiko bencana mineral (spt raksa, asbestos, radon) dan bencana geologi (spt. tanah runtuh, lubang benam, zon banjir, gunung berapi).
  • Perancangan guna tanah untuk pembangunan, pertanian atau perlombongan.

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.