Logo
A- A A+

logo rasmi jmgLogo Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia merupakan sebuah lukisan grafik huruf ringkas nama jabatan dan tukul geologi berwarna putih yang berlatarbelakangkan sebuah sfera berwarna biru dan hijau. Semua grafik dan sfera dilukis dengan garisan berwarna keemasan. Bentuk logo dibuat sedemikan rupa bagi menggambarkan Visi, Misi dan Objektif jabatan.

Bentuk sfera adalah bentuk bumi yang melambangkan kesediaan jabatan menghadapi arus globalisasi khususnya dalam bidang mineral dan geosains melalui penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Warna hijau dan biru melambangkan bidang mineral dan geosains meliputi daratan dan lautan. Hijau juga melambangkan semua aktiviti yang dijalankan menjurus kearah pembangunan mampan dan mesra alam. Warna biru membawa maksud perpaduan dan kesetiaan warga JMG dalam menjalankan tugas dan menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan kesungguhan warga JMG mengamalkan nilai-nilai murni bagi menjayakan Visi, Misi dan Objektif jabatan. Garis lilitan keemasan pula menunjukkan keunggulan JMG dalam sektor mineral dan geosains.

Sempadan antara biru dan hijau menunjukkan negara Malaysia, yang  disimbolkan oleh bentuk grafik garis pantai timur Semenanjung Malaysia dan pantai barat Sabah dan Sarawak. Bentuk garis pemisah ini juga menunjukkan grafik sebuah lombong dedah yang diurus dengan baik melalui penguatkuasaan dan kawalseliaan.

Tukul geologi merupakan simbol kebanggaan ahli geologi yang melambangkan tugas teras jabatan merangkumi aktiviti mineral, geosains, kawalseliaan dan, penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Grafik JMG yang meringkaskan nama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, direka sedemikian rupa bagi melambangkan jabatan sentiasa proaktif dan mengutamakan R&D dalam usaha memajukan sumber mineral negara. Huruf “e” yang menjadi titik kepada huruf “j” melambangkan semua aktivtiti jabatan disokong oleh teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang canggih bagi memastikan semua maklumat jabatan diuruskan secara cekap dan berkesan.

Senarai Perkhidmatan Online

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Lihat Direktori Bahagian/Pejabat Negeri

Sentiasa Berhubung

Facebook-icon Twitter-icon Youtube-icon Blogger-icon RSS-icon
Mobile-icon jmg mobile qr code mobile apps icon
isms
 

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.