Senarai Blog

KT CITY FUN RUN 2018

 

 

IMG-20180203-WA0012Kuala Terengganu,Terengganu 2 Februari 2017- Kerajaan negeri telah menganjurkan satu larian amal KT City Fun Run 4KM 2018 yang bermula di Pulau Warisan dan berakhir juga di Pulau Warisan.Beberapa orang kakitangan JMG Terengganu juga turun sama meyertai larian tersebut.

IMG-20180202-WA0006

IMG-20180202-WA0005

MESYUARAT BERSAMA PEJABAT KESIHATAN DAERAH DUNGUN

MESYUARAT BERSAMA PEJABAT KESIHATAN DAERAH DUNGUN

Dungun, 13 Februari 2018 - Mesyuarat bersama diantara JMG Terengganu yang diwakili oleh En. Norzuhairil Zubir (PGS-SAT) bersama Pej. Kesihatan Daerah Dungun telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan ujian kualiti air untuk telaga tiub dan mengesahkan sebagai sumber air bersih dan selamat digunakan. Selain itu turut dibincangkan ialah pemasangan sistem simpanan dan perpaipan untuk klinik desa kg. Jongok Batu, membantu pelaksanaan pemasangan sistem perpaipan ke rumah-rumah secara gotong royong dan penglibatan untuk pamiran semasa perasmian telaga tiub yang dicadangkan pada bulan Mac akan datang. Aplikasi NBOS ini telah berjaya dalam membentuk kerjasama dari segi kakitangan serta kewangan termasuk guna sama infrastruktur yang ada.



Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No.2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon