Senarai Blog

ZIARAH RAKAN SEJAWAT

ZIARAH RAKAN SEJAWAT

KUALA PENYU, SABAH (31 JANUARI 2018) : RABU, Warga JMG Sabah mengucapkan Takziah buat Pn. Rosita Tan atas kehilangan ibu tersayang pada 30 Januari 2018 sekitar jam 8.00 pagi di Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu, Sabah. Mendiang ibu Pn. Rosita dibawa balik ke kampung halaman di Kampung Kiambur, Kuala Penyu dan disemadikan di sana.

Baca selanjutnya

PPM menerima Pelawat dari Fukuoka City dan Majlis Bandaraya Ipoh

PPM menerima Pelawat dari Fukuoka City dan Majlis Bandaraya Ipoh

Pada 25 Januari 2018,  Pusat Penyelidikan Mineral telah menerima rombongan pelawat dari  Fukuoka City dan Majlis Bandaraya Ipoh.  Fukuoka City, Jepun merupakan bandaraya berkembar kepada Bandaraya Ipoh, Perak.

Lawatan dari Jabatan Pembangunan Masyarakat, MBI dan Fukuoka City ke PPM telah membuka peluang kepada kedua-dua belah pihak untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua bandaraya itu.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai produk-produk mineral serta batuan yang terdapat di sekitar Ipoh dan juga bagi melihat tempat-tempat yang menarik sebagai promosi kepada pelancong dari negara matahari terbit tersebut untuk melawat ke sini. Pihak Fukuoka City juga akan dapat mempromosikan produk dan tempat mereka kepada rakyat Malaysia, terutamanya kepada warga MBI untuk lawatan ke negara mereka.

Baca selanjutnya

PERHIMPUNAN BULANAN JMG SABAH BIL 1/2018

PERHIMPUNAN BULANAN JMG SABAH BIL 1/2018

KOTA KINABALU, SABAH (31 JANUARI 2018) : RABU, Seperti tahun-tahun yang sudah, JMG Sabah akan mengadakan majlis perhimpunan setiap bulan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara majikan dan kakitangan selain  mendengar informasi daripada ucapan tuan pengarah JMG Sabah. Januari 2018 merupakan perhimpunan bulanan yang pertama (Perhimpunan Bil. 1/2018) yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Maklumat dan bertempat di Dewan Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah.

Baca selanjutnya

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No.2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon