Senarai Blog

TAKLIMAT PELETUPAN BAWAH TANAH DAN TEROWONG

TAKLIMAT PELETUPAN BAWAH TANAH DAN TEROWONG

BATU ARANG, 22 Mei 2018 - Taklimat Peletupan Bawah Tanah Dan Terowong Bil. 2/2018 telah dianjurkan oleh Tenaga Kimia Sdn. Bhd. dengan kerjasama JMG Malaysia. Turut hadir adalah Ketua Pengarah JMG Malaysia iaitu Datuk Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi, Pengarah JMG Perak iaitu Dato' Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil, PT Persenjataan (Operasi) Bukit Aman iaitu DSP Nor Hamizat Bin Ngadimin, pegawai - pegawai dari Unit Lombong & Kuari serta pegawai-pegawai PDRM Bukit Aman.

Tujuan taklimat ialah memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai JMG mengenai kaedah kaedah peletupan bawah tanah (underground blasting ), mempelajari reka bentuk (blast design), mengenalpasti kesan-kesan negatif dan salah satu kehendak Akta Pembangunan Mineral 1994 serta syarat pelesenan bagi Lesen Pembedil di Malaysia.

Memandangkan Malaysia sedang membangunkan projek-projek mega seperti MRT, ECRL dan sebagainya yang menjalankan peletupan bawah tanah untuk membina syaf, terowong atau stesen bawah tanah di mana pegawai-pegawai JMG akan memantau perlaksanaan kerja peletupan tersebut.

Justeru, amat penting untuk pegawai-pegawai JMG dilengkapkan dengan pengetahuan peletupan bawah tanah tersebut.

Majlis Perasmian dan Penyerahan Telaga Tiub SMK Senibong, Lundu, Sarawak

Majlis Perasmian dan Penyerahan Telaga Tiub SMK Senibong, Lundu, Sarawak

LUNDU 7 April 2018 – Majlis perasmian dan penyerahan sistem telaga tiub SMK Senibong telah diadakan di sini baru-baru ini. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Ranum anak Mina, ADUN N1 Opar. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Sumber Asli) NRE, Dato’ Hj Suhaimi Hj Mamat; Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi; Pengarah JMG Sarawak, Encik Enggong Aji; Pengarah JMG Negeri Sembilan/Melaka, Encik Joanes Muda; Timbalan Pengarah PPO, Encik Nizarulikram Abdul Rahim; Wakil Pengarah JMG Terengganu, Encik Razaidi Shah, ketua-ketua masyarakat, guru-guru dan murid-murid SMK Senibong.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Datuk Ranum melahirkan rasa syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada JMG Sarawak khasnya dan JMG Malaysia kerana di atas usaha JMG, masalah bekalan air terputus-putus yang sedang melanda sekolah tersebut telah dapat diatasi. SMK Senibong mempunyai 446 orang murid di mana 226 murid menginap di asrama sekolah tersebut. Semasa acara perasmian tersebut, bekalan air bersih telah terputus sejak 9 hari yang lalu. Dengan adanya bekalan air bersih daripada sistem air tanah yang dibangunkan oleh JMG, maka masalah bekalan air di sekolah tersebut telah dapat diatasi.

Ketua Pengarah JMG turut melahirkan rasa syukur dan bangga di atas kejayaan tersebut. Beliau turut berpesan kepada semua murid dan para guru agar dapat menjaga dan menyelenggara sistem bekalan air tanah tersebut dengan baik berpandukan kepada manual penyelenggaraan yang telah diserahkan kepada wakil Pengetua SMK Senibong.

Dengan kejayaan pembinaan sistem bekalan air tanah sebagai sumber air bersih di SMK Senibong, sekali lagi menunjukkan bahawa sumber air bersih daripada sumber air tanah merupakan sumber alternatif yang terbaik di kawasan yang menghadapi masalah bekalan air dari sumber air permukaan.

 

 

 

 

21 Tahun Penantian Air Bersih Berakhir Hasil Usaha JMG

21 Tahun Penantian Air Bersih Berakhir Hasil Usaha JMG

Utusan Malaysia Online melaporkan pembinaan telaga tiub oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Kelantan yang memberi kemudahan dan manfaat kepada hampir 600 penduduk di kawasan tersebut termasuk 36 pelajar madrasah Darul Mutaqin, Kg Lepan Bola, Tanah Merah, Kelantan.

Berita penuh boleh diikuti melalui pautan di bawah ini:

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/30-tahun-penantian-air-bersih-berakhir-1.639287

Kredit Gambar: Nurzaidi Abdullah @ JMG Kelantan

MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH NEGERI JMG BIL. 1/2018

MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH NEGERI JMG BIL. 1/2018

PORT DICKSON, 28 Mac 2018 – Yang Berusaha Tuan Haji Zukeri Ab. Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah mempengerusikan Mesyuarat Pengarah-Pengarah Negeri Bil. 1/2018 yang diadakan di Corus Paradise Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Negeri. Turut hadir adalah Tuan Haji Mohd Nazan bin Awang, Pengarah Cawangan Penyelarasan Perlaksanaan Operasi.

Dalam perutusannya, Hj Zukeri telah memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat berkenaan perancangan dan strategi yang telah disusun oleh Jabatan untuk tahun 2018. Di antaranya adalah perancangan penstrukturan semula jabatan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Selain daripada itu beliau juga telah memaklumkan berkenaan Surat Pekeliling Ketua Pengarah Bil. 1/2018 Mengenai Peraturan Waktu Makan/Minum Dan Mengurus Urusan Peribadi Dalam Waktu Pejabat. Pekeliling ini bertujuan untuk mendisiplinkan semua pegawai dan kakitangan JMG agar sentiasa mementingkan waktu bekerja rasmi dan tidak menjadikan urusan peribadi sebagai keutamaan yang akan menjadi halangan bagi orang awam mendapatkan perkhidmatan daripada JMG.

Bagi memanfaatkan kehadiran semua Pengarah JMG Negeri, sebanyak tiga taklimat dibentang untuk perhatian ahli mesyuarat. Taklimat berkenaan Pangkalan Data JMG disampaikan oleh Encik Mahisham Ibrahim. Perbincangan mengenai aktiviti blog JMG Negeri dan peranan blogger disampaikan oleh Encik Mohd Shafiq Farhan manakala aktiviti-aktiviti OSC di peringkat Pejabat JMG Negeri juga turut dibincangkan dengan diselaraskan oleh Dr Ferdaus Ahmad dan Encik Qalam A’zad bin Rosle.

 

Masalah Kekurangan Air Di Loji Rawatan Air Bakal Diatasi

Masalah Kekurangan Air Di Loji Rawatan Air Bakal Diatasi

Satu lawatan kerja ke Loji Rawatan Air Merlimau, Melaka telah dilaksanakan oleh sepasukan terdiri daripada 17 orang pegawai geosains unit hidrogeologi Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Negeri. Lawatan tersebut diketuai oleh Pengarah Cawangan Penyelarasan dan Pelaksanaan Operasi (PPO) Ibu Pejabat JMG, Hj. Mohd Nazan bin Awang. Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Ketua Projek bagi Kajian Sumber Air Tanah Untuk Mengatasi Loji Rawatan Air (LRA) Bermasalah, Hj Nurzaidi bin Abdullah dan Timbalan Pengarah JMG Pahang, Encik Wan Saiful bin Wan Mohamad serta pegawai-pegawai daripada Badan Kawal Selia Air Melaka dan Syarikat Air Melaka Berhad.

Baca selanjutnya


Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No.2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon