Senarai Blog

Bicara AKRAB JMG Kelantan

Bicara AKRAB JMG Kelantan

30 April 2018 – Pada perhimpunan bulan April, JMG Kelantan telah mengadakan program Bicara AKRAB yang disampaikan oleh En. Nurzaidi Abdullah. Objektif utama adalah bagi memberi penerangan berkaitan penubuhan, fungsi dan kefahaman mengenai keberadaan AKRAB kepada kakitangan JMG Kelantan. Diharap lebih banyak program AKRAB mengikut takwim yang telah dirancangkan seperti Inventori Personaliti Sidek, Kaunseling Kelompok Berstruktur, Jejak Sahabat, Lawatan Sosial ke Rumah Kebajikan dan seumpamanya dapat dilaksanakan pada masa akan datang di JMG Kelantan.

PERASMIAN DAN PENYERAHAN TELAGA TIUB AIR TANAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-KHAIRIAH, KUALA NERANG, KEDAH

BLOG 1001

Alor Setar, Kedah (05 Mei 2018): Majlis Perasmian Dan Penyerahan Telaga Tiub Air Tanah & Penyampian Bantuan Awal Persekolahan Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Kuala Nerang, Kedah telah diadakan pada 22 April 2018 dan telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), Dato Haji Mohd Zaim Bin Dato Haji Abdul Wahab.

Baca selanjutnya

PENYERAHAN CENDERAKENANGAN DARIPADA BKKI KEPADA EN. MOHD SHAFREEN

PENYERAHAN CENDERAKENANGAN DARIPADA BKKI KEPADA EN. MOHD SHAFREEN

KOTA KINABALU, SABAH (2 MEI 2018) : RABU, Badan Kebajikan Kakitangan Islam, JMG Sabah (BKKI) diwakili oleh En. Herorisan bin Paruka selaku Bendahari BKKI telah menyampaikan cenderakenangan daripada warga BKKI kepada En. Mohd. Shafreen bin Mad Isa yang akan bertukar tempat bertugas ke JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang pada Mei 2018 ini. BKKI JMG Sabah amat menghargai segala kerjasama beliau selama bersama dengan BKKI JMG Sabah. En. Mohd Shafreen memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Biro Ilmu.

SELAMAT HARI PEKERJA 2018

SELAMAT HARI PEKERJA 2018

KOTA KINABALU, SABAH (1 MEI 2018) : SELASA, Jabatan Mineral dan Geosains Sabah mengucapkan Selamat Hari Pekerja buat seluruh warga JMG Sabah dan JMG Malaysia. Semoga kita semua akan lebih menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam memartabatkan lagi nama JMG di mata masyarakat dan dunia.



Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No.2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon