Senarai Blog

RAIKAN CINTA : MOHD ZURAIMI BIN IBRAHIM @ GHAZALI DAN PASANGAN AZMA SUHAIDA BINTI AWANG YA

RAIKAN CINTA : MOHD ZURAIMI BIN IBRAHIM @ GHAZALI DAN PASANGAN AZMA SUHAIDA BINTI AWANG YA

Warga Kerja Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Sembilan dan Melaka mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Mohd Zuraimi Bin Ibrahim @ Ghazali dan pasangannya Azma Suhaida Binti Awang Ya di atas penyatuan cinta kalian berdua sehingga termeterainya ikatan perkahwinan yang suci ini. Semoga kalian berdua berbahagia dan berkekalan hingga ke Jannah.

Daripada Abu Hurairah r.a. Katanya : Sabda Rasulullah SAW “Perempuan itu dikahwini kerana 4 (empat) perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Oleh itu, pilihlah perempuan yang beragama, nescaya bahagialah engkau.”

PROGRAM LATIHAN PENGURUSAN BENCANA

PROGRAM LATIHAN PENGURUSAN BENCANA

KOTA BELUD (15 FEBRUARI 2018) KHAMIS : Satu Program Latihan Pengurusan Bencana telah diadakan di Dewan Masyarakat Tun said, Daerah Kota Belud yang berlangsung selama 2 hari bermula dari 14hb. Februari (Rabu) dan 15hb. Februari(Khamis). Program ini dianjurkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah Kota Belud.

 

Baca selanjutnya

PROGRAM KESEDARAN AWAM TANAH RUNTUH MIRI SARAWAK 2018

PROGRAM KESEDARAN AWAM TANAH RUNTUH MIRI SARAWAK 2018

MIRI, 08 FEBRUARI 2018: Satu Program Kesedaran Awam Tanah Runtuh Miri Sarawak telah diadakan di Dewan Baitumal, Komplek Islam Sarawak, Miri dan dihadiri oleh Encik Edward Muol, Ketua Aktiviti Geologi Kejuruteraan JMG Sarawak dan Puan Angela Ee, Pegawai Geosains. Program ini dianjurkan bersama oleh Pejabat Residen Miri dan Jabatan Kerja Raya Malaysia Cawangan Kejuruteraan Cerun dan dirasmikan oleh YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak merangkap ADUN N.75 Senadin.

Baca selanjutnya


Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No.2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon