Laman Utama

PPM MEMENANGI PINGAT EMAS DAN PERAK DALAM ITEX’16

 PPM MEMENANGI PINGAT EMAS DAN PERAK DALAM ITEX’16

12–14 Mei 2016 - Pameran Inovasi dan Rekacipta Antarabangsa kali ke 27 (ITEX’16) telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Bersekali dengan pameran ini, telah diadakan juga pertandingan bagi inovasi dan rekacipta dalam pelbagai bidang dan kategori. Pada kali ini, Pusat Penyelidikan Mineral telah menghantar dua penyertaan dalam pertandingan ini yang merangkumi bidang persekitaran dan tenaga diperbaharui dan juga teknologi maklumat. Tahun ini merupakan penyertaan PPM buat kali yang ke 2 dalam ITEX.

Hasil rekacipta daripada Dr. Rohaya bin Othman dan pasukannya yang bertajuk Eco Green Paper: Carbide Lime Waste As Paper Filler telah mendapat pingat emas manakala hasil rekacipta daripada Dr. Izhar Abadi bin Ibrahim Rais yang bertajuk Quarry Particulate Pollution Index And Noise Software Volume 1.0.0 (QPINs V1.0.0) telah menerima pingat perak.

Seluruh warga PPM mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan rekacipta ini dan semoga kejayaan mereka ini menjadi pemangkin kepada warga PPM yang lain untuk terus melakar kejayaan dalam penyelidikan masing-masing.


Ezulia bt. Mat Johar
  • Bold
  • Italic
  • Underline
  • Stroke
  • Quote
  • Smileys
  • :confused:
  • :cool:
  • :cry:
  • :laugh:
  • :lol:
  • :normal:
  • :blush:
  • :rolleyes:
  • :sad:
  • :shocked:
  • :sick:
  • :sleeping:
  • :smile:
  • :surprised:
  • :tongue:
  • :unsure:
  • :whistle:
  • :wink:
 
   
 

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (603) 2161 1033
Faks: (603) 2161 1036
Emel: info[at]jmg[dot]gov[dot]my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon