Senarai Blog

Aktiviti KESMiG : Lawatan ke Haadyai, Thailand

Aktiviti KESMiG : Lawatan ke Haadyai, Thailand

Seremban, 13 Januari 2018 – Biro Sukan dan Rekreasi, Kelab Sukan dan Kebajikan JMGNSM (KESMiG) telah menganjurkan aktiviti percutian ke Hat Yai, Thailand. Proram percutian ini dijalankan dari 12 hingga 15 haribulan Januari 2018. Seramai tujuh (7) orang ahli kelab telah mengikuti rombongan ini menggunakan kenderaan pengangkutan awam di samping menyahut seruan kerajaan. 

Tips bercuti ke Thailand:

  1. Semasa membeli tiket ETS, pastikan tempat duduk anda bukan di koc kafe dan tidak berhampiran tandas. Baca pelan tempat duduk sebelum membeli tiket.
  2. Carilah pemandu tuktuk yang fasih berbahasa Melayu. Tidak rugi mengupah tuktuk secara harian berbanding on-off tuktuk yang sememang harganya jauh lebih murah namun tidak dapat menjadi ‘pemandu pelancong’ yang baik.
  3. Tidak boleh membuat bising di kawasan kem gajah kerana gajah-gajah ini sensitive dengan bunyi bising dan boleh membuatkan mereka mengamuk.
  4. Semua barang yang dijual di pelbagai plaza dan night market, tetap ada dijual di kawasan Lee Garden termasuklah kekacang dan beg kulit. Harga di Lee Garden juga paling murah malah masih boleh tawar menawar jika pandai.

 Sumbangan artikel : Pn Siti Fariza binti Abdul Hamid

Ditulis oleh : norhayati_mr

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No.2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon