Perpustakaan
A- A A+

Perpustakaan Jabatan mempunyai berbagai koleksi rujukan berkenaan geologi Malaysia. Bahan-bahan yang diterbitkan atau tidak diterbitkan berkenaan geologi tempatan tersedia untuk rujukan. Bahan-bahan rujukan bagi kawasan tertentu di rantau Asia dan bahagian lain dunia juga boleh didapati.

Perpustakaan Jabatan terletak di Ibu Pejabat JMG, Kuala Lumpur dan di pejabat-pejabat negeri di Kuching, Sarawak, Kota Kinabalu, Sabah dan Bahagian Perkhidmatan Teknikal di Ipoh Perak. Pinjaman tidak boleh dibuat tetapi kemudahan salinan disediakan dengan kadar bayaran yang berpatutan.

Waktu Perkhidmatan

Ibu Pejabat JMG, Kuala Lumpur:

Isnin hingga Khamis 8:00 pagi – 1:00 tengah hari
  2.00 petang – 4.30 petang
Jumaat 8.30 pagi – 12.15 tengah hari
  2.45 petang – 4.30 petang
Sabtu dan Ahad Tutup
Hari Kelepasan Am Tutup

Penerbitan Laporan

JMG menerbitkan laporan  hasil daripada kajian dan penyelidikan yang dijalankan dalam pelbagai aspek mineral dan geosains. Laporan–laporan tersebut ialah:

Laporan Berkala

  • Laporan Tahunan
  • Laporan Tahunan Mineral
  • Laporan Industri Mineral
  • Laporan Persidangan
  • Panduan Pengeluar-Pengeluar Mineral & Statistik Industri Berasaskan Mineral
  • Laporan Industri Perlombongan Malaysia

Laporan Teknikal

  • Laporan Peta dan Buletin
  • Kertas Teknikal
  • Laporan Geologi Kuaterner
  • Memoir Daerah
  • Laporan Kerjasama Teknikal
  • Laporan Rancangan Malaysia
  • Laporan Pelbagai

Penerbitan Peta

Berikut adalah senarai skala peta yang diterbitkan oleh Jabatan:

Bil. Jenis/Nama Peta Skala Output
1. Peta Geologi  
  Semenanjung 1:500,000/1:750,000
  Sarawak 1:500,000/1:1,000,000
  Sabah 1:500,000
  Semenanjung – (Syit Topo terpilih) 1:63,360
     
2. Peta Taburan Mineral  
  Semenanjung 1:750,000
  Sarawak 1:750,000
  Sabah 1:700,000
     
3. Peta Hidrogeologi  
  Semenanjung 1:500,000
  Sarawak & Sabah 1:500,000/1:1,000,000
     
4. Peta Geologi Kejuruteraan 1:25,000
     
5. Seismotectonic Map of Malaysia 1:1,500,000

Laporan dan peta yang diterbitkan oleh Jabatan tersedia untuk jualan. Senarai penerbitan dan peta berserta harga boleh dirujuk dengan memuat-naik senarai dibawah:

Senarai Buku dan Laporan

senarai_buku_dan_laporan_2014.xls
Popular 173.5 KB
23/11/2015 16:09:53

Senarai Peta

senarai_peta_2015.xls
Popular 51.5 KB
23/11/2015 16:06:48

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.