TarikhNo RujukanSoalanJawapanTahun
2016-02-1573IXQLDXSaya ingin bertanya mengenai garis panduan yang berkaitan dengan penyediaan "Groundwater Monitoring". Bila kah pembinaan "Groundwater Monitoring" ini perlu atau diwajibkan untuk dibina di satu-satu kawasan Menurut kefahaman saya melalui pembacaan "Guidelines For Well Drilling, Groundwater Abstaction And Groundwater Monitoring" yang dikeluarkan oleh Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia pada tahun 2002, pembinaan "Groundwater monitoring" perlu dibina sedekat yang mungkin dengan "production well" (apendiks 8). oleh yang demikian, sekiranya tiada "production well" maka tiada keperluan untuk membina "Groundwater monitoring"- mohon pengesahan dari pihak tuan. Adakah keperluan untuk membina "Groundwater Monitoring" tersebut di tapak pelupusan sampah? Jika perlu, mohon pihak tuan untuk melampirkan akta atau pekeliling yang mengatakan keperluan tersebut. Maklumbalas pihak tuan amat saya hargai dan diucapkan terima kasih.

Keperluan kepada telaga pemantauan bukanlah suatu kemestian. Walaubagaimanapun, Tuan adalah diwajibkan untuk memaklumkan sebarang pembinaan telaga air tanah yang telah dibina atau berhasrat untuk dibina kepada pejabat Jabatan Mineral dan Geosains yang terdekat di bawah Peraturan – Peraturan Penyiasatan Kaji Bumi (Pemberitahuan Pemajuan Telaga Dan Korekan) 2013. Pegawai JMG akan membuat penilaian sekiranya terdapat keperluan kepada telaga cerapan atau pemantauan bagi telaga yang dibina.

Pembinaan telaga pemantauan bagi penilaian kualiti air tanah di tapak pelupusan sampah adalah merupakan satu keperluan asas. JMG sentiasa mensyaratkan keperluan telaga pemantauan ini sebelum kelulusan EIA dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) selaku Agensi yang menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling. Sila berhubung dengan JAS untuk perincian Akta tersebut.

2016
2016-03-14IZY3CHGZBaru-baru ini kami ada terima surat dari jabatan mineral dan geosains berkaitan dengan tempoh tarikh memperbaharui permit export. Bagaimana cara-cara memperbaharui permit export?
Urusan permit eksport diuruskan oleh Bahagian Mineral Dan Geosains di bawah Kementerian Sumber Asli Dan Sekitar (NRE) BUKAN di bawah Jabatan Mineral Dan Geosains.

Dipohon tuan untuk berhubung dengan pihak Kementerian NRE untuk maklumat lanjut di alamat seperti berikut.

Bahagian Mineral Dan Geosains
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,
Wisma Sumber Asli, No.25 Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya, Malaysia

Tel : +603 8000 8000
Fax : +603 8889 2672
2016
2014-07-04CN4WL1NUBoleh terangkan mengenai takrifan "bukit" dan "gunung" yang digunapakai di Malaysia? Lazimnya bukit lebih rendah daripada gunung. Namun demikian, saya masih keliru kerana terdapat sesetengah kawasan-kawasan yang saya lawati menggunakan takrifan yang seandainya (terbalik). Contoh: Gunung Santubong (900m asl) dan Bukit Lanjak (1285m asl). Adakah terdapat pengecualian dalam penggunaan takrifan-takrifan tersebut?
Sungguhpun definasi antara "bukti" dan "gunung" amat berbeza di dunia, tetapi "bukit" selalu merujuk kepada puncak yang rendah dari 600 meter (dan juga sebaliknya). Namum begitu, pemakaian perkataan ini di sesetengah negara bergantung semata-mata kepada penampilan dan kegunaan tanah puncak tersebut dan tidak bergantung kepada definasi teknikal.

Di Malaysia, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) merupakan Jabatan yang bertanggungjawab ke atas pemakaian perkataan ini, Tuan boleh menghubungi mereka di www.jupem.gov.my.
2015
2014-11-11W3SJCJTRSila jelaskan perihal garis panduan baru daripada pihak Kementarian mengenai "penetapan zon penampan sejauh 200 meter" sebagaimana Garis Panduan Permohonan Pelesenan Punca Air Mineral Semulajadi 2010".
Pemilikan tanah bagi zon penampan (buffer zone) adalah tidak semestinya di bawah hak milik pemohon. Sekiranya ia bukan hak milik pemohon, seharusnya ia perlu di bawah kawalan pemohon di mana persetujuan/perjanjian dengan pemilik asal tanah berkenaan tidak membangunkan industri yang boleh menyebabkan kesan buruk (adverse effect) dan berisiko kepada kualiti sumber air tanah yang dipam untuk sumber air mineral semula jadi.

Dokumen sokongan diperlukan dalam kes sebegini iaitu salinan geran hak milik dan status tanah semasa serta salinan surat perjanjian dengan pemilik asal sekiranya tanah tersebut bukan hak milik pemohon.

Keperluan mengenai penyediaan zon penampan tersebut telah dinyatakan dengan jelas dalam Garis Panduan Penyediaan Manual Kawalan Keselamatan Air Minuman Berbungkus dan Air Mineral Semulajadi (2009) yang dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementeian KesihatanMalaysia.

Dalam kes sebegini juga sekiranya zon penampan tersebut adalah kurang dari  200m, pihak Jabatan Mineral dan Geoosains telah membuat penambahbaikan perkara tersebut dalam Garis Panduan Penyediaan Laporan Hidrogeologi dan Geologi Bagi Maksud Permohonan Lesen Permohonan Punca Air Mineral Semulajadi (2014); iaitu pemohon perlu menyediakan laporan teknikal melalui kajian saintifik bagi membuktikan perlindungan akuifer di kawasan sekeliling telaga di mana sumber air dipam bagi tujuan air mineral adalah terlindung (kebal) daripada aktiviti di permukaan yang berisiko ringan terhadap pencemaran.

Kajian saintifik tersebut perlulah merangkumi:

Menyenarai jenis aktiviti yang ada di permukaan dan aktiviti yang boleh menyebabkan kesan buruk kepada mutu airtanah.     - Kualiti air tanah kawasan sekeliling , jka ada (dalam 200m) dan kualiti air permukaan  (jika ada) yang mengalir ke arah telaga.     - Gradian paras air (piezometric head)     - Topografi asal     - Pemantaun kualiti kualiti Air setiap 6 bulan melalui analisis makmal     - Cadangan Plan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Plan) sekiranya air tanah tercemar.

2014
2014-07-08SQYTWM0AI would like to know more about the status, contents, and resources of the online systems for land use planning and mining records. I can see links to a GIS system and others related to Permitting and Reporting, but information is only in Malay and instructions for registering as a user to access online resources are not clear. Can you please advise?
I'm sorry to inform you that all our systems relating to mining and quarries (including MINGEOSIS) are not accessible to the public. However, our department produces several statistics reports and publications annually which might help you with your project. The most recent publications are as follows:

Review of Mineral-based Industries in Malaysia 2012 (RM 70.00 per copy)

Malaysian Minerals Yearbook 2012 (RM70.00 per copy)

Malaysian Mineral Trade Statistics 2012 (RM70.00 per copy)

Malaysian Mining Industry 2012 (RM70.00 per copy)

Industrial Mineral Production Statistics and Directory of Producers in Malaysia 2012 (RM70.00 per copy)

As for MINGEOSIS, it is a web-based and integrated system meant only for our internal use. It consists 8 database applications and 4 GIS applications. The database applications are related to our core business activities such as Hydrogeology, Engineering Geology, Mines and Quarries, Regional Geochemical mapping, Industrial Minerals, Metallic Minerals and Energy Minerals. All the information from the databases are compiled and summarised in our annual reports and publications.
2014