Arkib Maklum Balas Pertanyaan
A- A A+

Arkib Maklum Balas Pertanyaan: 2016




Tahun: 2016

Tarikh: 2016-02-15

No Rujukan: 73IXQLDX


Soalan
Saya ingin bertanya mengenai garis panduan yang berkaitan dengan penyediaan "Groundwater Monitoring". Bila kah pembinaan "Groundwater Monitoring" ini perlu atau diwajibkan untuk dibina di satu-satu kawasan Menurut kefahaman saya melalui pembacaan "Guidelines For Well Drilling, Groundwater Abstaction And Groundwater Monitoring" yang dikeluarkan oleh Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia pada tahun 2002, pembinaan "Groundwater monitoring" perlu dibina sedekat yang mungkin dengan "production well" (apendiks 8). oleh yang demikian, sekiranya tiada "production well" maka tiada keperluan untuk membina "Groundwater monitoring"- mohon pengesahan dari pihak tuan. Adakah keperluan untuk membina "Groundwater Monitoring" tersebut di tapak pelupusan sampah? Jika perlu, mohon pihak tuan untuk melampirkan akta atau pekeliling yang mengatakan keperluan tersebut. Maklumbalas pihak tuan amat saya hargai dan diucapkan terima kasih.

Jawapan

  1. Keperluan kepada telaga pemantauan bukanlah suatu kemestian. Walaubagaimanapun, Tuan adalah diwajibkan untuk memaklumkan sebarang pembinaan telaga air tanah yang telah dibina atau berhasrat untuk dibina kepada pejabat Jabatan Mineral dan Geosains yang terdekat di bawah Peraturan – Peraturan Penyiasatan Kaji Bumi (Pemberitahuan Pemajuan Telaga Dan Korekan) 2013. Pegawai JMG akan membuat penilaian sekiranya terdapat keperluan kepada telaga cerapan atau pemantauan bagi telaga yang dibina.
  2. Pembinaan telaga pemantauan bagi penilaian kualiti air tanah di tapak pelupusan sampah adalah merupakan satu keperluan asas. JMG sentiasa mensyaratkan keperluan telaga pemantauan ini sebelum kelulusan EIA dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) selaku Agensi yang menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling. Sila berhubung dengan JAS untuk perincian Akta tersebut.


Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.