Arkib Maklum Balas Pertanyaan
A- A A+

Arkib Maklum Balas Pertanyaan: 2014




Tahun: 2014

Tarikh: 2014-11-11

No Rujukan: W3SJCJTR


Soalan
Sila jelaskan perihal garis panduan baru daripada pihak Kementarian mengenai "penetapan zon penampan sejauh 200 meter" sebagaimana Garis Panduan Permohonan Pelesenan Punca Air Mineral Semulajadi 2010".

Jawapan

Pemilikan tanah bagi zon penampan (buffer zone) adalah tidak semestinya di bawah hak milik pemohon. Sekiranya ia bukan hak milik pemohon, seharusnya ia perlu di bawah kawalan pemohon di mana persetujuan/perjanjian dengan pemilik asal tanah berkenaan tidak membangunkan industri yang boleh menyebabkan kesan buruk (adverse effect) dan berisiko kepada kualiti sumber air tanah yang dipam untuk sumber air mineral semula jadi.

Dokumen sokongan diperlukan dalam kes sebegini iaitu salinan geran hak milik dan status tanah semasa serta salinan surat perjanjian dengan pemilik asal sekiranya tanah tersebut bukan hak milik pemohon.

Keperluan mengenai penyediaan zon penampan tersebut telah dinyatakan dengan jelas dalam Garis Panduan Penyediaan Manual Kawalan Keselamatan Air Minuman Berbungkus dan Air Mineral Semulajadi (2009) yang dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementeian KesihatanMalaysia.

Dalam kes sebegini juga sekiranya zon penampan tersebut adalah kurang dari  200m, pihak Jabatan Mineral dan Geoosains telah membuat penambahbaikan perkara tersebut dalam Garis Panduan Penyediaan Laporan Hidrogeologi dan Geologi Bagi Maksud Permohonan Lesen Permohonan Punca Air Mineral Semulajadi (2014); iaitu pemohon perlu menyediakan laporan teknikal melalui kajian saintifik bagi membuktikan perlindungan akuifer di kawasan sekeliling telaga di mana sumber air dipam bagi tujuan air mineral adalah terlindung (kebal) daripada aktiviti di permukaan yang berisiko ringan terhadap pencemaran.

Kajian saintifik tersebut perlulah merangkumi:

  1. Menyenarai jenis aktiviti yang ada di permukaan dan aktiviti yang boleh menyebabkan kesan buruk kepada mutu airtanah.     - Kualiti air tanah kawasan sekeliling , jka ada (dalam 200m) dan kualiti air permukaan  (jika ada) yang mengalir ke arah telaga.     - Gradian paras air (piezometric head)     - Topografi asal     - Pemantaun kualiti kualiti Air setiap 6 bulan melalui analisis makmal     - Cadangan Plan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Plan) sekiranya air tanah tercemar.


Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.