Artikel Pilihan
A- A A+

Pulau Langkawi telah dinobatkan oleh UNESCO sebagai Geopark yang pertama di Asia Tenggara pada tahun 2007. Kawasan yang diwartakan sebagai Geopark Langkawi ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu; Kilim Geoforest Park, Machinchang Geoforest Park dan juga Dayang Bunting Marble Geoforest Park. Kepulauan Langkawi yang memegang status sebagai geopark memerlukan bentuk pembangunan dan pemuliharaan sistematik demi mengekalkan identitinya yang telah dikenali di seluruh dunia iaitu Naturally Langkawi.

Pulau Dayang Bunting terdiri daripada batu kapur Formasi Setul yang berusia Ordovisi-Devon iaitu 500 sehingga 400 juta tahun dan juga Formasi Chuping yang berusia Perm iaitu kira-kira 270 juta tahun. Terdapat sebuah tasik air tawar di pulau ini yang berkeluasan 10 hektar dan terletak di bahagian barat daya Pulau Dayang Bunting iaitu dari Formasi Chuping. Bentuk tasik adalah membujur dengan ukuran panjang adalah 800m dan 350m lebar. Tasik ini merupakan sebuah dolina iaitu runtuhan batu kapur yang dipisahkan dengan lautan oleh dinding batu kapur yang berketebalan kurang daripada 10m sahaja. JMG telah membuat kajian batimetri pada 2001 menggunakan kaedah side scan sonar dengan kedalaman yang diperolehi adalah 14m di bahagian dasar tasik. Air tasik ini adalah air tawar dengan kandungan alkali yang tinggi. Pelan pemuliharaan sistematik telah dilakukan di Pulau Dayang Bunting oleh LADA iaitu agensi yang menguruskan hal ehwal pembangunan Langkawi. Kajian saintifik berkaitan Langkawi Geopark turut dilakukan secara berkala dan penerbitan turut dibuat oleh LESTARI dengan dibantu pelbagai agensi lain.

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan dan dibangunkan secara lestari untuk keselesaan pengunjung yang berupa wakaf, tempat solat, bilik air, pelantar terapung,kedai cenderahati, laluan jalan kaki yang selamat untuk mendaki ke tasik, laluan jalan kaki terapung di atas tasik dan jambatan, kemudahan rekreasi – kayuhan basikal air dan juga kemudahan terapi percuma iaitu natural spa. Tasik Dayang Bunting adalah tempat yang harus dikunjungi sekiranya anda ingin lebih memahami Geoforest Park.

1

2

Pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar di panel ikon pintu masuk Pulau Dayang Bunting – Dayang Bunting Marble, Geoforest Park.

3

Tasik Dayang Bunting ataupun Lake of the Pregnant Maiden merupakan tasik air tawar yang terbesar di Pulau Dayang Bunting, Langkawi.

4

Pulau Dayang Bunting telah dipulihara dan diwartakan sebagai sebahagian daripada Dayang Bunting Marble Geoforest Park.

5

Permandangan di tasik air tawar Tasik Dayang Bunting dan kolam khas yang lebih selamat  untuk pengunjung bermandi-manda.

6

7

Pengunjung pasti gembira menikmati terapi semulajadi atau Natural Spa percuma - ikan keli habitat asal Tasik Dayang Bunting.

8

Laluan terapung di atas Tasik Dayang Bunting yang diselenggara secara berkala.

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Hujan lebat boleh menjadi petanda awal berlakunya tanah runtuh.

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon
isms
 

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.