Artikel Pilihan
A- A A+
 Taraf Warisan  :  Negeri
 Kepelbagaian Geologi :  Mineral, Batuan,Diversiti Struktur, Landskap & Gua
 Nilai Warisan Geologi :  Saintifik, Estetik, Rekreasi  & Budaya

0

Gua Terus terletak di dalam Gunung Keriang. Muka pintu Gua Terus sangat indah dan mempunyai panorama yang sangat cantek untuk diabadikan sebagai sebahagian khazanah geowarisan negara.  Gua ini sebenarnya terdiri daripada tiga tingkat tetapi telah runtuh disebabkan kerja-kerja mengetuk dan mengambil mineral kalsit. Gua Terus adalah gua yang terpanjang di Kedah iaitu sepanjang 600m, memiliki fitur-fitur menarik seperti stalagtit, stalagmit, batu alir (flow stone) dan kristal kalsit. Terdapat pertembungan angin di tengah- tengah gua yang sangat nyaman dan menenangkan minda para pengembara Gua Terus.

JMG KPP telah melakukan Ekspedisi Gunung Keriang pada Januari 2015 untuk bersama-sama melihat sendiri keindahan geowarisan Gua Terus. Aktiviti lasak ini telah disertai oleh 40 orang warga JMG KPP bersama-sama tujuh orang wakil akhbar tempatan dan juga media. Hasil ekspedisi ini kami telah dapat merasai sendiri keajaiban Gua Terus untuk dikongsi sebagai sebahagian maklumat terbuka untuk peminat-peminat menjelajah gua ini kelak. Jelajah gua ini adalah merbahaya kerana buat masa ini belum terdapat kemudahan seperti tangga, lampu dan tali untuk membantu memudahkan penerokaan. JMG KPP telah berusaha selangkah menyiapkan dan memasang panel Tapak Terpelihara Geowarisan Kedah Gunung Keriang, Alor Setar untuk informasi orang ramai. Panel berkaitan dapat di lihat di Taman Rekreasi Gunung Keriang (Utara) dan juga berhampiran lif di bahagian selatan Gunung Keriang.

12

Flow Stone - Struktur yang terdapat dalam Gua Terus

3

Gua Terus - Latar belakang struktur tiang/column, pentas dan limpahan stalagmit dan stalagtit ke dasar gua.

4

Muka Gua Terus sangat indah dan mempunyai panorama yang sangat menarik untuk diabadikan sebagai sebahagian khazanah geowarisan negara.

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Hujan lebat boleh menjadi petanda awal berlakunya tanah runtuh.

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon
isms
 

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.